SEJARAH DAN LATAR BELAKANG JISIM
Paun merupakan unit bagi jisim.Perkataan "paun" berasal daripada perkataan Latin, pendere, yang membawa maksud, "menimbang".Dalam perkataan libra pula bermaksud“penimbang, neraca".Dalam pada itu unit jisim Rom serupa dengan paun. Singkatan bagi paun adalah “lb” or "℔" .
Di United Kingdom, terdapat hubungan sejarah antara paun sebagai unit jisim, dan paun sebagai unit mata wang (paun sterling) kerana unit mata wang pada zaman silam ditakrifkan sebagai berat logam perak.
Paun avoirdupois direka oleh para saudagar London pada tahun 1303. Istilah "avoirdupois" berasal daripada perkataan aveir de peis yang membawa pengertian "barangan yang berat" yang dijual secara pukal dan ditimbang melalui dacing dan neraca yang besar. [2]
Di United Kingdom, paun avoirdupois ditetapkan sebagai salah satu unit jisim oleh Akta Timbang dan Ukur 1878, tetapi mempunyai nilai sebanyak 0.453592338 kg yang hanya sedikit berbeza (berhubung dengan kilogram) dengan nilai terkini. Kuantiti ini merupakan kuantiti terukur, dengan artifak terasingnya masih bertindak sebagai piawai untuk paun ini. Nilai lama ini kadang-kadang dipanggil sebagai paun imperial, dengan takrif dan istilahnya kini menjadi kuno, kecuali apabila merujuk kepada takrif tahun 1878 yang berbeza sedikit.
Di Amerika Syarikat, paun (avoirdupois) sebagai unit jisim telah ditakrifkan secara rasmi dari segi kilogram sejak tahun 1893 lagi. Pada tahun tersebut, hubungan ini telah ditetapkan sebagai 2.20462 paun untuk 1 kilogram dan menyusul penentuan paun British pada tahun 1894, hubungan itu ditetapkan pula sebagai 2.20462234 paun untuk 1 kilogram. Paun antarabangsa yang terkini berbeza dengan paun tahun 1894 Amerika Syarikat sebanyak lebih kurang satu persepuluh juta.Namun begitu,paun yang sering kali digunakan pada hari ini ialah Paun Avoirdupois Antarabangsa.
Pada awalnya,kilogram ditakrifkan sebagai jisim seliter air tulen pada suhu 3.98 darjah Celsius dan tekanan atmosfera piawai. Takrif ini amat susah direalisasikan dengan tepat kerana ketumpatan air amat peka kepada tekanan serta kerana unit-unit tekanan merangkumi jisim sebagai faktor dan menyebabkan kesandaran melingkar dalam pentakrifan kilogram.
Bagi mengelakkan masalah-masalah ini, pada tahun 1889 kilogram ditakrif semula dengan tepat sebagai jisim prototaip antarabangsa yang hampir sama dengan takrif yang asal. Prototaip ini diperbuat daripada pancalogam platinum dan iridium. Tingginya 39 milimeter dengan diameter yang sama panjang. Ia disimpan di BIPM yang terletaknya di Suvres, Paris.
Salinan rasmi untuk kilogram prototaip disediakan sebagai prototaip nasional yang dibandingkan dengan prototaip Paris ("Le Grand Kilo") hampir setiap sepuluh tahun. Kilogram prototaip antarabangsa dibuat pada tahun 1880-an.
Rupa-rupanya prototaip antarabangsa bagi kilogram telah terhilang 50 mikrogram dalam tempoh 100 tahun yang lepas. Sebabnya kehilangan tersebut tidak dapat diketahui (Laporan Der Spiegel, 2003 #26). Kelainan yang terlihat dalam prototaip telah memperhebat pencarian takrif yang baru untuk kilogram ataupun juga dikenali sebagai jisim.
DEFENISI
Jisim merupakan sifat intrinsic.Dalam fizik,jisim ditakrifkan sebagai sekolompok benda(jirim) yang merupakan jumlah isi sesuatu jasad dan tidak dipengaruhi oleh tarikan graviti. Dalam erti kata yang lain,jisim ialah jirim yang terkandung dalam jasad atau badan.Jisim dan berat adalah tidak sama kerana masing-masing mempunyai ciri sepunya yang tidak sama,iaitu jisim adalah tetap manakala berat pula adalah berubah-ubah kerana adanya tarikan graviti.
Ramai pihak yang mudah terkeliru dan salah mentafsirkan berkenaan dengan fungsi dan penggunaan berat dan jisim.Malahan ada yang berpendapat bahawa berat dan jisim merupakan satu benda yang sama.Padahal jisim dan berat adalah berbeza.
Perbezaan antara jisim dengan berat | |
1.Tidak dipengaruhi tarikan graviti | 1.Dipengaruhi tarikan graviti |
2.Tetap | 2.Berubah-ubah |
3.S.I unit ialah Kilogram(kg) | 3.S.I unit ialah Newton(N) |
UNIT YANG DIGUNAKAN UNTUK UKURAN JISIM
Dalam ukuran jisim unit-unit yang terlibat ialah paun,kilogram,hectogram,decagram,gram,decigram,centigram dan miligram.
KAEDAH PENUKARAN UNIT-UNIT
1 kilogram(kg)=1000gram
1 hectogram(hg)=100gram
1 decagram(dag)=10gram
1 gram(g)=1gram
1 decigram(dg)=0.1gram
1 centigram(cg)=0.01gram
1 milligram(mg)=0.001gram
GAMBAR ALAT PENGUKUR JISIM TRADISIONAL DAN MODEN.
DACING(TRADISIONAL)
Timbangan digital(moden)
Penimbang digital(moden)
Penimbang bayi(moden)
AKTIVITI BERKUMPULAN:MEMBUAT DACING
Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat dacing dan untuk mendapatkan hasil kajian ialah:
AKTIVITI BERKUMPULAN:MEMBUAT DACING
Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat dacing dan untuk mendapatkan hasil kajian ialah:
kertas A4,benang,gunting,gam plastik,
penyangkut baju(hanger),bateri AA,sudu,pen marker,pen,
mancis,pemadam,cermin mata,highlighter,syling 50sen,kertas bulat,paper clip dan
duit syling 1 sen.
No comments:
Post a Comment